Make your own free website on Tripod.com

KOJ 3431

UNIT 4

Tugas-tugas seorang wartawan
 


Kenapa Kontak penting bagi seorang wartawan?

Kontak amat penting kerana mereka boleh jadi sumber berita.  Mereka dapat membantu wartawan dan pencarian berita,
pengesahan berita terutamanya. Lagi ramai Kontak seseorang wartawan itu, lagi banyak peluang baginya untuk mendapatkan
berita.  Apabila seseorang wartawan telah ada hubungan dengan pihak yang mempunyai autoriti misalnya, maka tidak sukar lagi jalan-jalan baginya untuk memperolehi  berita yang tepat lagi disahkan.  Tanpa hubungan atau mengenali mereka ini, akan sukar pulalah bagi wartawan untuk mendapat  kerjasama dalam menulis sesuatu berita. Bayangkanlah, sekiranya mereka mempunyai
ramai Kontak, walau di mana mereka berada, mereka tentu akan dimaklumkan seseorang yang dalam senarai Kontak mereka
tentang sesuatu peristiwa yg boleh mereka tulis. Bantuan dari publik amat diperlukan oleh seseorang wartawan dalam
melengkapkan cerita mereka.  Mendapatkan sumber berita dari mereka yang telah dikenali adalah lebih mudah dari cuba
mendapatkan berita dari orang-orang yang tidak mengenali kita.

Bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan Kontak?

Cara yang paling mudah adalah dengan mendapatkan nombor telefon mereka. Ini boleh dilakukan samada melalui buku
panduan telefon atau perkhidmatan pertanyaan telefon. Kemudian menghubungi mereka.  Pastikan nombor yang disenaraikan
adalah aktif. Semasa membuat panggilan, tanyakan siapakah yang paling berhak untuk dihubungi sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang berkaitan. Gunakan budi bicara yang terbaik semasa berkata-kata.  Ini adalah penting dalam memulakan sesuatu perhubungan.  Kalau berpeluang, temui mereka yang berpotensi untuk menjadi Kontak ini dalam pertemuan bersemuka (face to face).  Keluar sedikit modal untuk belanja mereka minum misalnya. Ini adalah taktik-taktik biasa dalam menjalinkan keakraban dengan Kontak kerana mereka adalah orang-orang yang bakal membantu wartawan dalam penulisan berita. Pihak berautoriti seperti polis, jabatan bomba, hospital dan lain-lain jabatan kerajaan adalah penting untuk seorang wartawan mewujudkan Kontak.  Begitu juga dengan pihak publik.  Wartawan patut ada Kontak seramai mungkin dengan mereka yang dari pelbagai kaum, peringkat umur dan taraf.

Selain dari kaedah temubual, apakah kaedah yang digunakan oleh wartawan untuk mendapatkan berita?

1. Dengan Handout atau  kapi agensi.
Apabila menerima apa-apa handout dari mana-mana agensi atau organisasi, jangan pandang remeh, kerana ia memungkinkan
menjadi bahan untuk penulisan bagi seseorang wartawan.

2. Sidang Berita
Menghadiri sidang berita adalah fenomena biasa bagi wartawan dalam peluang mencari berita.  Sidang berita merupakan sumber berita yang mudah.

3. Ucapan/ceramah
Majlis ceramah atau ucapan seperti di seminar, forum dan lain-lain, merupakan sumber mendapatkan berita yang boleh menjadi
bahan tulisan seseorang wartawan.

4. Suara publik/Soal Selidik
Bertemu dengan publik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang sesuatu isu misalnya.  Soalan yang diajukan samada
soalan berstruktur mahupun yang tidak berstruktur yang ditanyakan secara spontan kepada publik yang ditemui.

5. Bertemu dengan sumber.
Menunggu sumber keluar samada dari rumah, pejabat dan lain-lain dan bergegas mendapatkan mereka apabila mereka muncul untuk bertanyakan soalan-soalan isu berkaitan sehingga mereka memberikan jawapan.  Fenomena in biasa dilihat contohnya apabila ada menteri yang terlibat dalam sesuatu isu keluar dari sesuatu majlis, atau seperti seorang artis terkemuka yang menghadiri perbicaraan di mahkamah dan lain-lain.  Serbuan para wartawan adalah situasi lazim yang berlaku apabila timbul sesuatu isu yang melibatkan individu tertentu.

UNIT 5

TOPIK TERPILIH:

Laporan Siasatan
 

Untuk mengumpulkan bahan laporan

1. Kaji rekod & temuramah untuk maklumat yang lebih mendalam.
2. Jangan tunggu diarah, sebaliknya sentiasa mencari sendiri cerita untuk disiasat.
3. Dapatkan sebanyak mungkin bukti yang kukuh untuk cerita.
4. Buat sistem rekod yang mudah. Simpan di tempat yang selamat untuk kegunaan sendiri dan rujukan di masa akan datang.
5. Temuramah adalah sesuatu yang penting kerana ia dapat menentukan samada laporan tersebut menarik atau sebaliknya.
6. Hati-hati sewaktu berurusan dengan pihak polis, jabatan-jabatan kerajaan atau pihak berautoriti lain.

Metod Menulis Laporan siasatan.

1.  Temu ramah.
2.  Dokumen
3.  Surveillance-awasi selalu  untuk mendapatkan sesuatu.
4.  Buat tinjauan utk cari bahan.
5.  Menjejak klu/tip dalam penyiasatan.