Make your own free website on Tripod.com
CABARAN ALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DAN NEGARA. Islam menggalakkan pembangunan, namun pembangunan yang dianjurkan oleh Islam mestilah memenuhi ciri-cirinya yang tertentu. Umat Islam mestilah jelas dalam soal pembangunan. Bagi mempertahankan nilai dan norma dalam masyarakat supaya tidak terlalu ghairah dengan pembangunan dan permodenan hingga melupakan tradisi, Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru masyarakat terhadap sebenar ajaran Islam. Pendekatan Islam Hadhari memberi keutamaan terhadap pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta alam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan melalui penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan dan kesempurnaan pembangunan fizikal. Prinsip- prinsip yang terkandung di dalam Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekapa menangangi cabaran- cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Islam Hadhari turut membawa maksud ajaran Islam yang memfokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Dalam sejarah perkembangan tamadun barat, konsep pembangunan yang sangat kuat pengaruhnya ialah konsep yang membawa manusia menjalani kehidupan dengan mudah, ringkas, pantas, menjimatkan serta berasaskan perkakasan. Namun, pembangunan ini jugalah yang menyebabkan masyarakat kehilangan nilai diri. Hilang rasa kebesamaan, kekitaan dan kerohanian. Hal ini tidaklah sukar untuk difahami kerana apabila manusia meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap mesin sebagai instrumen yang lebih cekap dan efisien berbanding manusia, maka sedikit demi sedikit nilai simpati, ihsan, kasih sayang dan sebagainya akan terhakis sama ada disedari ataupun tidak. Namun biar apa pun pandangan dan kefahaman mengenai permodenan, harus difahami bahawa evolusi masyarakat yang telah berlalu dari bentuk tradisional, ringkas dan kekampungan kepada bentuk bandar, indrustri, buruh berbayar, moden dan kompleks. 1. Pandangan masyarakat dalam aspek pembangunan Dalam membangunkan masyarakat dan negara mengikut prinsip islam hadhari banyak cabaran yang perlu dilalui. Antaranya ialah pandangan masyarakat dalam aspek pembangunan. Ada sebahagian daripada masyarakat yang menolak pembangunan kerana ianya tidak islamik, datang daripada barat dan ianya merosakkan. Ada juga berpendapat bahawa pembangunan tidak penting, yang penting hanya ibadat kepada Allah sahaja. Tetapi adakah pemikiran seperti ini benar? Islam amat menitikberatkan soal pembinaan umat yang berkualiti dan terbaik dan ini tidak tercapai sekiranya tiada perancangan pembangunan yang sesuai. Terdapat sebahagian umat Islam melihat bahawa pembangunan, kemajuan dan ketamadunan bukan daripada ajaran Islam. Mereka bersikap “anti-establishment” dan anti-kemajuan kerana mereka menganggap segala pembangunan, pembaharuan dan kemajuan adalah daripada barat dan barat adalah sekular iaitu tidak Islamik. Bagi mereka apabila mendengar perkataan “sekular” pemikiran mereka menganggap pemisahan antara dunia dan juga agama. Memang benar jika dilihat dari kacamata barat, tetapi jika dilihat dari kacamata Islam kita dapati Islam juga tidak menolak pembangunan, pembaharuan dan kemajuan. Islam mengajak umatnya untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik, aman dan selesa kerana dalam keadaan ini sahaja sesuatu kaum boleh mmbangun dan memajukan umatnya. Allah S.W.T pernah berfirman dalam Al-Quran yang mengajak berubah: ‘ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubah nasib dirinya sendiri’ 2. Pembangunan yang tidak mempunyai perancangan yang rapi. Pembangunan di dalam Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Ianya mestilah memenuhi aspek jasmani dan rohani. Allah juga telah berfirman agar urusan memakmurkan bumi dibawah tanggungjawab hambanya. Dari kacamata Islam dalam konteks pembangunan harus mempunyai 3 ciri. Pertama ia harus selari dengan tuntutan agama atau tidak melanggar batasan syarak dari segi maksud dan matlamatnya. Kedua, ia adalah untuk kemanfaatan manusia sama ada konteks memudahkan urusan ataupun mempertingkatkan mutu hidup mereka. Ciri yang ketiga ialah ianya tidak menimbulkan kerosakan dan kemusnahan dimuka ini. Setiap pembangunan haruslah dirancang rapi agar tidak membawa kerosakan. Islam melarang keras umatnya melakukan sebarang kerosakan. Hari ini banyak kita lihat bencana-bencana seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain lagi yang berlaku akibat pembangunan yang tidak mempunyai perancangan yang rapi. Melalui kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa segala bentuk program pembangunan yang memenuhi ciri-ciri tersebut dengan sendirinya program pembangunan tadi bersifat Islamik. Pembangunan yang mengambil kira hubungan manusia dengan Allah S.W.T hubungan sesama manusia dan hubungan antara manusia dengan alam. Putrajaya sebagai contoh, kita boleh lihat melalui pembinaan Putrajaya yang dimulakan dengan membina masjid terlebih dahulu, ini adalah seperti pembangunan yang dibawa oleh Rasullullah ketika di Madinah iaitu yang paling utama ialah menitik beratkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T kerana melalui masjid merupakan tempat turunnya keberkatan Allah S.W.T dan inilah yang dibuat kerajaaan supaya usaha dalam membangunkan umat Islam mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. ini yang membezakan antara program pembangunan Islam dan program pembangunan barat yang hanya menekankan aspek material semata-mata dengan berpaksikan akal dan hawa nafsu. Program pembangunan Islam, menekankan hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta. Ia mempunyai nilai dan akhlak, mempunyai kualiti bagi melahirkan masyarakat Islam sejati. 3. Pembangunan barat juga memberi pengaruh yang kuat. Pembangunan barat juga memberi pengaruh yang kuat dalam membangunkan masyarakat dan negara kita pada masa ini. Pembangunan barat telah mampu dalam memajukan ilmu matematik, fizik dan aplikasi teknologinya memberi kepada manusia kemampuan dan kekuatan yang belum pernah diberi oleh sesiapa sebelum ini. Namun pembangunan ini hanyalah akan melahirkan manusia yang tidak seimbang dalam menghadapi cabaran kehidupan, egoistik dan individualistik serta berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk memenuhi kehendaknya secara maksimum tanpa memikirkan orang lain atau masyarakat keseluruhan. Umpamanya mereka sanggup mengeluarkan barangan atau menyediakan perkhidmatan yang boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan mental dan moral kepada masyarakat asalkan mencapai keuntungan yang mereka tentukan. Tiada lagi nilai moral dan akhlak, hilang nilai kekeluargaan, hilang perasaan malu dan kasih sayang, hanya mementingkan nafsu dan kebendaan semata-mata. Pembangunan yang dibawa oleh Islam akan memperlihatkan lagi kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T. Sehebat mana ilmu manusia, secanggih mana alat, setinggi mana bangunan masih tidak dapat menandingi kekuasaan tuhan. Umat Islam akan sedar bahawa diri mereka ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan kebesaran tuhan dan ini akan melahirkan umat Islam yang semakin beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Selain itu, pembangunan yang terancang mampu melahirkan masyarakat Islam yang bermoral dan beretika serta mempunyai tahap kefahaman agama yang tinggi. 4. Sikap masyarakat yang perlu diubah. Perdana Menteri kita, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyatakan bahawa cabaran yang paling sukar ialah sikap masyarakat itu sendiri dan menghapuskan rasuah. Ada pepatah yang mengatakan bahawa meratakan gunung lebih mudah daripada mengubah sikap masyarakat. Di sini kita boleh lihat masyarakat kita seolah-olah tidak mahu menjadi sebuah bangsa yang maju walaupun pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan demi untuk menggemilangkan masyarakat. Selagi masyarakat tidak mampu mengubah perangai-perangai negatifnya, maka selagi itulah masyarakat tidak akan bangun menjadi mayarakat yang berwibawa dan berdaulat. Cuba kita lihat dari aspek kisah-kisah Rasullullah, mengapa Allah utuskan Rasullullah kepada satu bangsa yang paling lemah pada waktu itu dan tiba-tiba bangsa itu manjadi satu empayar. Selepas negara Arab menjadi Islam maka banyak negara-negara lain di dunia ikut Islam. Jadi siapa hendak kuatkan bangsa dan negaranya, ada contoh dari Rasullullah. Sebab itu Tuhan contohkan dengan negara Arab yang paling mundur ketika itu. Kita hendak gambarkan bagaimana Rasullullah bangunkan bangsa Arab. Ketika itu negara Arab paling miskin dibandingkan dengan Rom, Parsi dan China. Ia juga negara yang paling berpecah belah dan suka berperang sesama sendiri. Begitulah dahsyatnya bangsa Arab maka Tuhan utuskan Rasullullah. Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak ketemu akan tertanya-tanya. Bila ada yang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan. Masing-masing akan berebut-rebut untuk mmbantu. Secara tidak langsung ia juga akan menempias kepada negara. Negara akan menjadi lebih maju dan pesat membangun kerana mempunyai masyarakat yang luar biasa, bersatu padu dan membantu antara satu sama lain. Dengan cinta dan takutkan Tuhanlah maka barulah masyarakat mampu mengubah sikap sepertimana bangsa Arab di zaman Rasullullah dan mampu membanteras rasuah yang merosakkan bangsa. Apabila agama menjadi sumber rujukannya maka, Tuhanlah yang akan mempertahankan orang-orangnya. Maka dengan cara inilah masyarakat akan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. 5. Nilai-nilai Kemanusiaan Nilai kemanusiaan kini yang amat rendah tahapnya juga menjadi salah satu penghalang dalam membangunkan masyarakat dan negara. Kita boleh lihat