Make your own free website on Tripod.com
 
ABANG ZALI DAN AKU

Aku dan dia yang tidak boleh dipisahkan? Kini kami nyata telah terpisah meskipun aku masih merasakan bahawa aku masih belum terjaga dalam mimpi, ketika mana ia pergi meninggalkanku buat selama-lamanya dengan menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan mataku.  Tuhan lebih menyayanginya dan mahu terus menguji aku.Aku seolah-olah tidak mempercayai yang abg. Zali akan meninggalkan aku jua tanpa sebarang pesan.  Perginya dalam pelukanku dan aku tika itu tidak tahu apa yang patut aku lakukan.  Hanya melihat hembusan nafas terakhirnya dan kesakitannya ketika Malaikatulmaut mencabut nyawanya.  Tika itu tiada siapa yang dapat menghalangnya.  Akhirnya, Abg. Zali kaku di pembaringan.  Saat-saat itu yang paling tidak dapat aku lupakan dan aku merasakan duniaku gelap..walau di sekeliling melihat aku tidak sedikitpun mengeluarkan airmata.  Ku kumpul airmata hingga akhirnya tidak terbendung lagi, lalu kutumpahkan tika aku bersendirian merindui Abg. Zali. Aku rasa seolah telah patah dahan tempat ku bergantung selama ini.
Segala kenangan bersamanya asyik mengganggu penghidupanku.
 
 
Lihatlah kesungguhannya dalam membangunkan perniagaannya. 
Ini yang aku tidak lihat ada pada orang lain..
Abg. Zali terlalu rajin dan bekerja tidak henti-henti. Hingga makan minumnya pun tidak terjaga.  Apa juga yang hendak di lakukanya akan diusahakannya sehingga berjaya mencapai matlamat . Tetapi aku tidak mampu untuk meneruskan hajatnya untuk mempertahankan perniagaannya. 
Ini adalah keretanya yang juga tidak dapat ku pertahankan selain dari perniagaannya.  Aku rasa tidak ada gunanya aku mempertahankan kereta ini kerana.
Rokok merupakan teman baiknya.  Puas sudah aku nasihatkan, aku sindir, aku marah....namun ia tetap merokok kerana katanya ia sumber ilhamnya.  Kalau nak mati, tak hisap rokokpun akan mati. 
Ini kabin pejabat yang dibuatnya sendiri.  Dari sebuah peti kontainer buruk yang hampir roboh, didirikan dengan titik peluh dan darahnya sendiri.  Kini terbiar sepi tidak lagi riuh dengan pengunjung dan pekerja-pekerjanya.  Bagaimana nak aku pertahankannya??
Akhirnya berjaya disiapkannya.  Sebelum ia pergi, Abg Zali telah menggali parit untuk membuat bilik air pula.  Namun tidak sempat disudahkannya. 
Ini permandangan akhir atas segala usahanya mendirikan perniagaannya yang sering dikatakannya perniagaan keluarga.  Tapi aku tidak mampu meneruskannya. Perniagaannya tutup setelah dia juga menutupkan matanya. Aku akan cuba mendapatkan semula tapak perniagaannya yang kini menjadi rebutan ramai.  Tak sanggup aku melihat orang lain mendapatkannya setelah jerih perih abang Zali mengusahakannya.  Tapi apa caranya? Aku hanya seorang wanita yang lemah.
Abang Zali sedang membetulkan kereta Kancil yang dihadiahkan kepadaku sebelum ia menghembuskan nafas terakhirnya.  Dua hari sebelum ia pergi, ia sempat menyelesaikan urusan tukar nama kereta ini kepada namaku.