« April 2024 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics
ASSIGMNT
itulah...
JUMPA KAWAN LAMA
Pentas Hidup  «
SALAM PERKENALAN
Semua orang tahu
smalam tk sama cam arini
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
cen blog
Friday, 19 January 2007
Lopeh goram
Mood:  d'oh
Now Playing: kes awal tahun
Topic: Pentas Hidup

Dah lama tak nulis kat blog ni. Tak per. Sempena tahun baru ni, aku nak semuanya bersih putih dan nampak baru. Sebab tu aku pilih back ground putih utk blog section aku nih. harap-harapla, aku pun ibarat latar yg putih ni gak la. Bukan apa, kita mesti selalu berazam utk jadik tambah baik, walaupun kita bukannya baikpun. Janji kita ndak jadik baik kannn..
Malasla aku nak criter apa2 pasal org lain. Aku nk criter rutin aku bila sampai ujung ngan awal tahun... AKu mesti demam. Stress kerja. Terlalu banyak keje...keje..keje..keje..... pagi celik mata tingat keje, petang tingat keje, malam pun tingat nak wat keje...nak siapkan keje.. segala-galanya perlu siap, dateline masa yang sama....huwaaaaaaaaaaaaaa...aku tegolek2 kat opis ni biler awal tahun gni. makan tak nentu, tidur tak lelap. Paler asik sakit je. Akaun aku kener balance kan. Dokumen2 utk audit aku kener lengkapkan sebelm dapt panggilan maut dari pejabat audit sekolah. Gaji aku kener buat, cuti cecikgu pun aku kener buat, Yuran budak pun aku kener uruskan biler cecikgu dah kutip.
Letih....

dah la...semua akan berakhir...


Posted by ashmil at 12:40 AM
Updated: Thursday, 4 October 2007 11:15 AM
Monday, 7 August 2006
never ending story
Mood:  lazy
Now Playing: Pentas hidup
Topic: Pentas Hidup

Semalam terdengar kisah, seorang sahabat yang hancur rumahtangganya.

Hari ini pula terdengar kisah seorang ibu yang ditolak ke sana sini oleh anak-anaknya yang tidak sanggup menjaga ibu tua itu dengan pelbagai alasan sendiri.

Esok mungkin kita akan dengar gunung berapi yang menakutkan penduduk di persekitarannya meletup.

Atau mungkin kisah seorang yang terkenal mati tiba-tiba seperti yang berlaku pada Allahyarham Hani Mohsin yang hensem tu.

Dalam pelbagai peristiwa yang berlaku saban hari itu, pernahkah kita terfikir bahawa semuanya adalah pentas hidup yang maha hebat.  Teater penghidupan yang spontan, tak memerlukan penulis skrip, tak perlu pengarah, tak perlu pelakon yang berbayar.

Segalanya malah telah tercatit di Louh Mahfouz sejak azali.  Cuma manusia masih boleh mengaturnya mengikut Takwa dan Keimanan yang mereka  miliki.


Posted by ashmil at 9:41 PM

Newer | Latest | Older