Make your own free website on Tripod.com
Mereka dah lama bersahabat. Sejak mereka berkenalan ketika mana mereka sama-sama bertandang di kedai kopi cyber itu dari tahun lepas lagi.
Begitu mesra persahabatan mereka. Alin dan Jannah setiap hari berhubung. Kalau tak melalui talipon, mereka akan berutus email. Masing-masing aktif dalam melayari internet.
Ruangan kegemaran mereka, berbual di Kedai Kopi Siber. , atau kk. Kawan-kawan lain turut sama memeriahkan suasana di kk. Malah Alin juga lah yang membawa Janah di tengah tengah sahabat yang lain ketika mana mereka mengadakan perjumpaan kali pertama di Kompleks City Point itu.
Selepas dari itu mereka sering mengadakan pertemuan demi pertemuan bersama sahabat siber yang lain termasuk kawan2 lelaki juga. Setelah hampir setahun, Janah mengajak kawan2 nya turut sama dalam menggunakan icq...penghantaran mesej segera.  Kini  hampir semua mereka berinteraksi melalui icq.
Alin tidak ketinggalan menggunakan icq. Dia yang merupakan ibu kepada 2 anak sungguh seronok dapat berinteraksi menghibur hati dengan kawan-kawan lain. Di rumah dia punya masalah dengan suaminya. Dia rasa lebih aman ketika berada di pejabat. Suami nya yang selalu kerja out station sering meninggalkannya kesepian. Alin mengasuh anak2 dan menguruskan rumah tangganya sendirian. Jarang sekali suaminya mahu memberikan bantuan kepadanya. Sudahlah dari pagi ia keluar bekerja mencari makan. Balik rumah petang dan hampir malam, dia terpaksa melayan kerenah anak2 yang nakal. Suami juga perlu di layan makan pakai nya. Hari-hari yang di laluinya amat membosankan. Putaran rutinnya yg serupa saban hari mendorongnya mencari lebih ramai sahabat di siber. Dan dia gembira juga dpt bersama seorang rakan sepengajiannya yang turut sama memeriahkan kk, Yana.
Siapa tidak kenal dengan Alin di perringkat awal penglibatannya di kk. Dia menggambarkan dirinya seorang wanita yang tegas, garang dan mudah melenting bila berhadapan dengan kenyataan yang mencabarnya. Jannah kebetulan menjadi kawannya ketika mereka sama2 berhadapan dengan masalah seorang ibu tunggal di kk. Dia rasa Jannah boleh dibuat kawan. Maka mereka berkawanlah seperti juga dengan Yana dan kawan-kawan yang lain. Setiap pagi mereka berutus email. Menceritakan perkembangan terbaru mereka di pagi hari itu. Di celahi dgn gurau senda yang membuatkan masing-masing tersenyum lebar.
Setelah mula melayari icq, mereka telah kurang ber email. Segala hal disampaikan melalui icq. Jannah memberikan Alin  nombor icq Akmal. Salah seorang kawan di kk juga. Akmal memang kaki merapu di kk. Mereka terhibur dengan setiap posnya di kk.
Semakin hari semakin kerap mereka berhubung. Walaupun tidak pernah bersua..tapi kemesraan itu seolah telah lama berjumpa. Akmal pada mulanya hanya sahabat biasa. Pada Alin,Jannah, pada Yana, pada kawan2 siber yang lain juga. Akhirnya mereka semua dapat bertemu muka dengan Akmal sewaktu Yana mengadakan rumah terbuka di hari raya idil fitri tahun itu. Akmal datang bersama Karim dan Latif. Masing-masing membawa keluarga. Alin juga datang bersama suami dan anak2nya. Jannah , seorang ibu tunggal..membawa salah seorang anaknya ke rumah Yana hari itu. Gembira terbayang di wajah masing-masing kerana akhirnya dapat bertemu orang yang selama ini hanya dikenali melalui pos2 di siber sahaja.
Namun pertemuan itu tidak hanya setakat di situ bagi Jannah, Alin dan Akmal. Alin makin kerap berutusan dengan Akmal. Akmal bahkan sudah mula rajin menalipon Alin di pejabat atau di malam hari di rumahnya, ketika suami Alin tiada di rumah. Panggilan 'sayang' sudah sentiasa digunakan. Alin tahu, akmal sudah berkeluarga, bahkan Alin telahpun bertemu isteri dan anak2 akmal di rumah terbuka Yana itu. Begitu juga sebaliknya, Akmal telahpun bertemu dengan suami Alin. Namun perhubungan mereka terus bertambah mesra. Mereka mula berani membuat pertemuan berdua duaan . Pertemuaan demi pertemuan diatur. Kemesraan semakin terserlah. Kata cinta dan rindu menjadi bunga hiasan hari-hari mereka. Alin sedar dia telah mencurangi suaminya. Tapi cintanya untuk akmal telah mula bersemi. 'salah suamiku jua yg tidak mahu memahami hati sorang perempuan...hati seorang isteri...hati aku...'selalu bisik hatinya. Dia hingga sanggup menjadi isteri kedua pada Akmal. Dan bererti dia  juga bersedia meninggalkan suaminya utk hidup bersama Akmal. Dia sering mengatakan pada kawan-kawannya, bahawa perkahwinan kedua tidak semestinya tidak bahagia. Hidupnya serasa tambah ceria sejak dia mengenali Akmal.
Sepertimana Alin, Jannah juga melalui pengalaman yang hampir serupa. Dengan orang yang sama. Dia yang mencadangkan Akmal menggunakan icq. Dia yang mengajar Akmal menggunakan icq. Dia yang memberikan nombor icq kawan-kawan lain pada Akmal. Akmal pula telah mengajarnya bagaimana menghantar imej ke siber. Dia bersahabat biasa sahaja pada mula. Tiada beza Akmal dengan kawan-kawan lelaki yang lain. sejak dia berpisah dengan suaminya, dia tak pernah terfikir untuk mencari teman lelaki. Tapi Akmal membuat hatinya terbuka untuk lelaki.
Akmal pandai mengambil hatinya. Dia rasa bertuah kerana Akmal mengambil berat pada dirinya. Sering Akmal menegur dan bergurau dengannya di icq.Pernah dia mengatakan pada Akmal yang dia takut berkawan dengan suami orang. Namun Akmal menghilangkan ketakutannya dengan berkata bahawa isterinya bukan jenis cemburu. Satu hari, dia tergamam bila Akmal mula memanggilnya dengan panggilan 'sayang'. Dia pada mulanya tidak memperdulikan. Dia anggap perkataan itu hanya gurauan Akmal dan pernah juga Malina, kawan kk di utara Malaysia memberitahunya yang Akmal juga pernah memanggilnya sayang juga. Jadi Jannah menganggap Akmal memang suka panggil orang perempuan 'sayang'. Lama kelamaan dia makin kerap memanggilnya sayang. Jannah memberikan amaran pada Akmal, jangan lagi memanggilnya begitu. Sebab kata Jannah , dia amat lemah dengan perkataan itu. Dia takut kelak dia benar-benar sayangkan Akmal. Namun Akmal tidak memperdulikan amaran Jannah itu. Akmal terus bermain kata dengan Jannah. Jannah terasa seolah dia disayangi oleh seseorang...oleh Akmal. Dia rasa amat gembira. Tapi cintanya belum mendalam sehinggalah pertemuan kedua mereka..(pertemuan pertama di rumah Yana ).
Jannah di hantar bertugas di Kuala Lumpur. Dari Melaka dia menaiki komuter ke Kuala Lumpur. 5 hari dia bertugas di pusat bandar itu. Sepanjang 5 hari itu, ada sahaja kawan-kawan kk yang datang menjengoknya di hotel. Termasuk Akmal. Akmal datang pada malam hari berseorangan. Malam itu dia menyerahkan mikrofon untuk kegunaan PC Jannah. Memang Jannah pernah memberitahu Akmal yang PC nya tiada mempunyai mikrofon. Akmal menawarkan untuk memberi mikrofon yang tidak di gunakan yang ada di pejabatnya.  Jadi, malam itu Jannah telah mendapat mikrofon yang dikatakan itu. Mereka berbual kosong di Lounge hotel tempat Jannah menginap itu sambil minum air Jus oren. Akmal mengajak Jannah keluar makan. Tapi Jannah menolak. Dia dan Akmal duduk berhadapan sambil menikmati nyanyian penyanyi Filipina di lounge itu. Berbual pun terpaksa menjerit-jerit sebab pembesar suara di lounge itu amat kuat bunyinya.
Bualan mereka terganggu bila Akmal menerima panggilan talipon dari seorang kawannya. Agak lama dia berbual di talipon. Selepas itu mereka berbual di luar hotel. Letih berdiri, mereka masuk semula ke lobby hotel dan terus berbual hingga tengah malam. Jannah menghantarnya hingga ke kereta dan sempat juga dia menunjukkan set memancingnya di bonet kereta Datsun Sentra nya malam itu. Selepas pertemuan itu Jannah masih menganggap Akmal sebagai sahabat biasa. Bukan kekasih lagi. Sebab itu dia memberitahu beberapa orang rakan lain tentang pertemuan itu. Tapi ia hairan. Akmal seolah tidak senang bila mendapat tahu yg Jannah telah memberitahu pada teman yang lain tentang kedatangannya itu. Jannah tidak rasa bersalah. Bukannya mereka ada hubungan cinta.!!
Pulang dari Kuala Lumpur entah kenapa Jannah merasakan tidak boleh menipu dirinya yang dia perlukan seorang lelaki. Dan lelaki yang berjaya merampas hatinya adalah Akmal. Mereka semakin mesra  selepas itu. Walaupun hanya di icq dan di talian talipon..namun cukup membuat Jannah hanyut. Di kira sebagai cinta pertamanya. Ia sentiasa merindu dan sanggup menunggu di talian talipon utk mendengar suara insan yang disayanginya itu. Jannah tahu, perhubungan mereka tidakkan sampai ke mana. Dia berkali2 melarang Akmal memanggilnya sayang. Akhirnya Akmal berhenti juga memanggil dgn perkataan itu. Bukan itu saja., Akmal sering mengatakan yang dia masih banyak perkara yang hendak dicapainya sebelum memikirkan untuk melamar Jannah. Akmal perlu menyediakan kelengkapan hidup sempurna buat isteri dan anak2nya sekarang. Dia tidak mahu Jannah menaruh harapan hidup bersamanya. Jannah tidak mengharap..kerana dia sedar, banyak ujian untuk hidup bersama suami orang. Lagipun keluarganya pasti tidak akan setuju andai dia bermadu lagi seperti sejarah rumah tangga lamanya dulu. Namun jauh di sudut hatinya, memang Jannah menghajatkan kehidupan bahagia bersama Akmal. Di rasakannya Akmal adalah lelaki yang baik. Walaupun pada mulanya dulu, dia kata Akmal bukan lelaki pilihannya. Akmal perokok, sedang Jannah tak suka lelaki perokok, Akmal selalu keluar malam meninggalkan keluarganya..Tapi cinta telah merubah segala...cinta itu benar buta. Jannah pening. Dia tahu dia dah AKmal tidak punya harapan. Tapi dia telah mula menyintai sepenuh hati pada Akmal.
Tak lama...sebulan sahaja dia hanyut di alam percintaan begitu. Akmal pula semakin kurang menghubunginya, dengan alasan line icq nya rosak. Talipon pun jarang. Jannah juga bosan dengan sikap Akmal yang selalu menyangka dia menceritakan pada kawan2 lain tentang hubungan mereka. Akmal terlalu sensitif. Terlalu mahu berahsia..cepat melenting. Hingga Jannah terpaksa berhati2 dalam berkata2 dan sewaktu menghantar pos di kk, takut Akmal terasa. begitu dia berhati2...Akmal tetap menuduhnya bercerita pada orang lain sebab pos kawan2 yang kebetulan terkena pada dia.
Akhirnya Jannah buat keputusan berpisah dengan Akmal. Dia tak mahu mensia-siakan waktu mengharap pada Akmal. Akmal tidak pernah mahu menunjukkan kesungguhan nya untuk hidup bersama Jannah. Cuma alasannya yang sering diulangkata nya. Jannah kesal dgn sikap sambil lewa Akmal, sedang dia yang memulakan nya dulu. Akmal yang membuat dia rasa disayangi.
Setelah tekad memutuskan perhubungan mereka, Jannah rasa amat tertekan. Dia sedeh dan menangis teresak2. Hingga bengkak matanya menangis. Malamnya Jannah menalipon Alin. DIa mahu meluahkan segala rahsia pada seseorang yg boleh dipercayainya.
Alin sedia mendengar masalah Jannah. 'i pun ada sesuatu yang nak i ceritakan pada u , Jannah...I pun bercinta dengan suami orang' kata Alin. Terkejut juga Jannah ketika itu. Tapi dia hanya memikirkan masalahnya sahaja .'ok...u cerita dulu..'
Maka Jannah pun terus membuat pengakuan di depan Alin tentang hubungannya , dengan Akmal..Alin tergamam...AKMALLLL????'Alin pun bercinta dengan Akmal!!!!!!....apa semua nya ini?????'
Sejak saat itu, maka terbongkarlah segala rahsia Akmal. Alin menunjukkan kekesalannya. Dia menangis teresak esak. Jannah pula mengatur rancangan untuk mengena kan Akmal. Dia rasa sungguh sakit hati dipermainkan begitu. Dia berpakat dengan Alin. Alin sendiri berkata yang dia akan buat Akmal melutut padanya. Dia mengakui yang telah beberapa kali dia keluar berjalan berpimpin tangan dengan Akmal. Dia kesal kerana telah curang pada suaminya hanya sebab lelaki yang bernama Akmal itu.
Rancangan Jannah untuk berpura-pura mahu berbaik semula dengan Akmal.  Dia menalipon Akmal dan merayu Akmal kembali padanya. Sehari selepas itu dia tak tahan lagi. Dia terus menghantar pos ke kk tentang buaya darat itu tanpa menyebut nama. Jannah menggunakan nama lain untuk melindungkan diri.
Akmal hairan. Pos itu seolah2 ditujukan padanya. Dia menalipon Jannah. Tapi Jannah tidak mahu mengaku. Dia terus mendesak. Akhirnya Jannah tidak sabarlagi setelah di desak berpuluh kali oleh Akmal.'ya.....memang aku yang tulis tu....kau dengar sini...aku kau boleh main2 kan..tapi bukan kawanku. Kalau kau kacau lagi aku  atau mana2 sahabat ku...aku akan memberitahu isterimu...dan suami Alin. Akmal tergamam. Namun dalam hatinya dia mendendami Janah. 'Hari ini hari kau Janah! Esok lusa kau akan tahu siapa aku!'
Akmal menalipon pula Alin. Dia memujuk Alin agar tidak percaya dengan cerita Janah. Selama inipun dia sering menipu Alin dan ternyata dia berjaya memonopoli keyakinan Alin terhadap cintanya. Kata rindu dan sayang sering membanjiri ruangan emailnya untuk Alin. Namun seperti yang dipesankan pada Janah, Alin juga diingatkan agar tidak memberitahu sahabat lain tentang perhubungan mereka. Tapi Alin tidak dapat menyimpan rahsia itu. Dia pernah ceritakan pada Yana. Sejak itu, Yana sering menyindir Akmal di ruangan kk itu. Tapi Akmal salah sangka. Dia menyangkakan Janah yang bercerita pada Yana. Dia bimbang tembelangnya pecah. Akmal pada mulanya seronok dengan permainannya itu. Dia gembira dapat mempermainkan hati wanita yang dahagakan kasih sayang itu. Dia langsung terlupa bahawa sepandai2 tupai melompat, akhirnya akan ke tanah jua jatuh nya.
Dia pernah cuba goda dua tiga wanita siber yang lain. Tapi pada dua perempuan ini, dia amat berjaya. Dengan hanya sedikit pujuk rayu, dengan ucap kata sayang, dia merasa dapat memenangi anugerah Penggoda. Namun dia semakin hari semakin berhati-hati dengan Janah. Dia merasakan Janah boleh menggugat karier tidak rasminya itu. Maka oleh itu, dia cuba menjauhi Janah. Dia tidak lagi bersayang-sayang dengan Janah. Dia tumpukan cumbu rayunya pada Alin.
Pernah Janah mengajaknya membuat pertemuan. Tapi dielakkannya. Talipon bimbitnya tidak diaktifkan. Dia mahu Janah kecewa dan mengundurkan diri dengan sendiri tanpa menyedari yang dia sendiri mahu meninggalkan Janah. Dia rasa amat berjaya bila Janah mengutuskan email menyuruhnya memutuskan perhubungan kerana perhubungan mereka takkan ke mana. Akmal pura-pura tidak mahu menyebut untuk setuju, tapi memberikan alasan demi alasan agar tidak ketara yang dia sebenarnya mahu menamatkan permainannya dengan Janah.
Dalam pada itu dia dapat mengatur pertemuan demi pertemuan dengan Alin. Dia dapati Alin agak menarik walaupun dia seorang isteri dan ibu kepada dua anak. Alin lebih mudah diajak bermesra berbanding dengan Janah. Alin mudah diajak keluar. Alin langsung tidak membantah bila Akmal menyentuh dan memimpin tangannya sambil berjalan berdua duaan. Alin baginya setanding dengan wanita murahan yang ada di KL. Dalam hatinya berbunga dan mengatur perancangan untuk terus menggoda Alin sehingga tercapai apa yang dihajatinya dari seorang perempuan. Atau setidak-tidaknya Akmal dapat membuktikan bahawa dia lelaki yang 'macho'.

Dia yakin akan dapat memujuk Alin semula walaupun Alin telah mengetahui cerita dia bermain kayu tiga...bukan ..kayu empat. Sudah tentu isterinya pun telah lama ditipunya sama. Anak yang yang tiga orang sudah tentu tidak memahami kegiatan ayah yang romeo itu.
Alin memang sakit hati bila dapat tahu Akmal menduakannya dengan sahabatnya sendiri. Dengan Janah. Dia diam sahaja mendengar penjelasan dari Akmal yang dia keliru samada mahu percaya atau tidak. Akmal mengatakan bahawa dia hanya menyayangi Alin. Dia tiada apa2 hubungan dengan Janah. Itu kata dia. Tapi Alin sendiri dah membaca email dan mesej2 yang Akmal pernah hantar pada Janah. Tapi Akmal menafikan lagi. Katanya Janah hanya perasan. Dia hanya berkawan biasa , sebaliknya Janah telah silap faham dengan menyangka Akmal telah menyintainya. Dia terpaksa berpura2 melayani Janah kerana tidak mahu Janah kecewa. Alin terfikirkan kebenaran cerita Akmal itu. DIa tahu Janah telah lama hidup sendiri, dan sudah tentu inginkan teman dalam hidupnya. Ada logiknya. Dia minta Akmal berikan masa untuknya berfikir. Dia mahu bersendiri dan tidak diganggu.
Dua minggu lamanya dia tidak menghubungi Akmal. Hati nya merindu. Suaminya hairan dengan sikapnya yang agak berlainan. Kalaulah suaminya tahu apa yang bermain difikirannya. Dia pernah katakan pada akmal yang dia sanggup berpisah dengan suaminya agar dapat hidup bersama Akmal. Sampai begitu pengorbanan cintanya. Tapi hatinya tertanya-tanya, apakah dia boleh mempercayai lelaki yang bernama Akmal ini.

Akhirnya dia tak dapat lagi menahan segala kerinduannya. Dia hubungi Akmal dan minta maaf! Alin merasakan tidak boleh hidup tanpa Akmal. Dia teramat menyintai dan merindui suara Akmal yang di anggapnya begitu menawan hati. Dia tahu, Janah pasti akan kecewa kalau dia tahu yang Alin mahu menyambung kembali percintaan nya itu. "maafkan aku Janah, aku terlalu menyayangi Akmal.' kata dalam hatinya.
Dalam pada itu dia tetap meragui kata kata Janah untuk melupakan Akmal. Dia mahu pastikan betul-betul yang Janah tidak akan menggugat kebahgiaannya kini.

Alin meneruskan perhubungannya dengan Akmal tanpa memikirkan risiko lagi. Namun dia memberitahu juga pada kawan baiknya Yana dan Lili. Di samping Nita juga tahu kisah cinta nya yang bersambung semula itu. Nita, Yana, Lili, Alin dan Jannah adalah satu kumpulan sahabat siber kk yang amat rapat suatu ketika dulu sehinggalah berlakunya hal yang tak disangka ini.

Janah langsung tidak lagi memikirkan tentang Akmal lagi. Dia sudah terlepas dari godaan buaya itu. Tapi jauh di sudut hatinya,seperti juga Alin, dia meragui sikap Alin. Dia khuatir Alin masih teruskan juga perhubungannya dengan Akmal. Namun Janah meneruskan kehidupan biasa nya tanpa mahu menyusahkan diri memikirkan hal itu. Dia mahu bersangka baik dengan sahabatnya itu. Janah memang berubah sikap setelah semua itu terjadi. Dia berazam tidak lagi akan mudah terpeddaya dengan lelaki. Halim , sahabat baik Akmal di kk pula muncul dalam hidupnya. Begitu juga dengan Asri. Memang dia yang memulakan. Pada mulanya dia terfikir untuk membalas dendam pada semua lelaki bila dia berpeluang.  Dia melayan Halim di siber. Dalam masa yang sama, dia layan juga Asri. Halim, tampak seperti seorang lelaki yang jujur dan ikhlas. Selama ini juga dia membayangkan imej seorang lelaki yang bertanggung jawab. Memang dia telah berkeluarga. Tapi, naluri kelelakiannya membuat dia ingin menambah seorang isteri lagi. Dia berterus terang pada Janah yang dia berhajat untuk mencari calun isteri keduanya. Dan dia ingin mengenali Janah lebih dekat lagi. Jannah hanya ketawa mendengar kata-kata Halim itu. 'Lelaki....tidak pernah puas dengan satu!' kata dalam hatinya.
Janah melayani Halim seperti biasa. Dan dia tidak sedikitpun mengharap atau mencintai Halim. Mereka pernah mengatur pertemuan sekali. Sewaktu pameran IT di Kuala Lumpur, Janah mengikut majikannya . Dia menalipon Halim untuk diajak bertemu. Pameran itu pula memang di bangunan tempat Alin bekerja. Jadi, Alin dan seorang lagi kawan lain turut sama dalam pertemuan kami itu. Alin tahu perhubungan Janah itu. Tapi Janah sudah katakan, dia takkan terpedaya lagi dengan lelaki. Halim juga sering mengingatkan Janah agar tiddak mengharap dalam perhubungan mereka. Berikan dia masa untuk mengenali Janah seterusnya. Janah tidak kisah. Memang dia tidak mengharap. Tapi dia menghormati Halim. Halim jauh berbeza dari Akmal. Halim tidak pernah merayu bermanja seperti Akmal. Mula nya Janah rasa membosankan juga lelaki ini. Lurus segala. Tapi ia tahu, Halim seorang yang beragama. Dia tidak pandai untuk bercinta pun. Sebab itu ia patut menghormati Halim.
Amat berbeza dengan Asri. Asri jejaka beristeri juga dan beranak 3. Dia termakan godaan Janah di ICq. Dia hairan dengan sikap Janah yang tiba-tiba berubah. Dulu dia bertemu dengan Janah di Kedai Kopi siber itu, tapi Janah yang berhemah tinggi. Janah yang sering mengeluarkan kata2 bernas yang penuh berisi kata nasihat. Tapi Janah yang menghubunginya sekarang adalah jauh berbeza. Penuh menggoda. Sungguh dia tak menyangka. Janah mencabar kelelakiannya. Dengan kata selamba di icq, Janah begitu bersikap terbuka dalam membicarakan hal berkenaan dengan seks. Asri amat menyenanginya. Asri memang menghadapi masalah dengan isterinya. Layanan isterinya terhadap dia yang bekerja di tengah lautan terlalu dingin sejak dua tahun kebelakangan ini. Kemunculan Janah dalam hidupnya, walau hanya di siber, sesungguhnya amat menghiburkan.
Kata-kata Janah sentiasa menyebabkan Asri jadi berahi. Janah memang berjaya mempermainkan lelaki ini. Disebalik penggodaan Janah ini, dia sebenarnya jijik dengan lelaki yang seperti seks maniac itu. Makin dilayan makin menjadi. Namun Janah teruskan juga lakunannya.'Biarkan lelaki ini hanyut asal aku tak hanyut sama.' kata hatinya. Terkadang timbul juga simpatinya pada lelaki yang kehausan kasih sayang perempuan ini. Tapi Janah tak peduli. Itu hal dia. Janah hanya melakukan semua ini untuk memuaskan hatinya dalam mendendami lelaki yang selalu tidak mencukupi dengan satu. Pada Halim dia tak berjaya . Tapi kejayaan besarnya dalam menghanyutkan Asri. Dia juga berjaya menggondol anugerah Pelakun terbaik di siber raya ini.
Dia juga dah jadi seperti Akmal. Mempermainkan dua hati dalam satu masa. Kawan-kawannya yang tahu, menasihatkannya agar berhati-hati dalam permainannya.Dia akui, permainannya takkan ke mana, dan dia pun lama-lama jadi bosan juga. Namun dia teruskan perhubungannya dengan dua lelaki itu seperti biasa. Cuma penggodaannya tidak lagi seperti peringkat awal lagi. Dia kini sudah pulih dari kekecewaan oleh percintaan pertamanya itu.
Sahabat-sahabatnya amat bererti padanya. Mereka  bersama menghiburkan segala kedukaannya. Satu ketika mereka mengatur program perkelahan di Port Dickson. Seronok sungguh pada mula nya. Tapi keseronokan Janah tercemar bila Nita menceritakan sesuatu yang menyebabkan dia susah hati. Alin masih teruskan hubungannya dengan Akmal! Dan Alin juga seolah-olah cuba mengganggu perhubungannya dengan Halim. Janah merasakan begitu kerana Alin  menyuruh Nita yang juga seorang ibu tunggal dalam kumpulan kami agar melayan Halim. Bukankah Alin tahu bahawa Halim adalah kawan Janah. Kenapa dia mahu mengganggu perhubungan Janah. Itu yang amat menyakitkan hati Janah.
Memang dia sakit hati juga bila mengetahui yang Alin masih teruskan perhubungan dengan Akmal. Dia hairan. Dengan Akmal. Dengan Alin. Akmal tahu, Alin isteri orang, kenapa dia tetap mahu merosakkan rumahtangga Alin? Kenapa dia tidak pilih Janah atau janda-janda lain, atau anak dara? Bukanlah Janah cemburu kerana Akmal tidak memilih dia, sebab dia sendiri dah memutuskan perhubungan mereka sebelum dia tahu duduk perkara sebenar lagi. Sebab dia tahu, mereka takkan ke mana. Dan sebab Akmal bukan lelaki idamannya. Tapi yang dia sakit hati, sebab Alin itu kawan dia. Dan Alin telah punya keluarga, punya suami. Dia tak mahu Alin jadi isteri curang. Dia tak mahu rumahtangga Alin hancur seperti rumah tangga nya juga. Dia amat kesal dengan perkara itu. Dia tak boleh diam. Dia rasa sebagai sahabat, dia bertanggung jawab untuk menegur Alin. Alin telah katakan dia sesal dulu sebab menduakan suaaminya. Tapi kenapa kini dia berbalik semula mencurangi suaminya? Kenapa lelaki yang sudah diketahuinya pernah memperdayakan dia itu juga yang menjadi pilihannya?
Sikap ALin di kk juga keterlaluan. Dia kerap  memaki hamun orang lain dan mengeluarkan kata2 lucah. Janah merasa malu dengan perlakuan Alin itu sebagai seorang perempuan, dia telah menjatuhkan imej perempuan .JAdi Janah mengambil keputusan untuk menegur Alin sebagai seorang kakak dan sahabat. Dia menghantar email yang panjang lebar kepada Alin. Menegur bahasanya di kk dan juga tentang perhubunganya dengan Akmal. Konon nya mahu menyedarkan dia sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua anak.
Mungkin bahasa Janah juga agak kasar dan tegas. Alin tidak dapat menerimanya. Alin menghantar salinan email itu kepada Akmal. Dan Akmal dengan beraninya mewakili ALin membalas balik email Janah itu . Dia mahu Janah meminta maaf kepada Alin dengan kata-kata tuduhan Janah hingga mengatakan Alin sakit jiwa. Akmal juga mengakui yang dia menyayangi Alin sepenuh hati dan ikhlas. Dia akui yang dia tidak bertujuan mahu menghancurkan mana-mana rumahtangga. 'Dasar mulut buaya...' kata hati Janah. Janah tak peduli dan tidak melayan email AKmal itu. Apa yang dia tahu, dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai sahabat yang mahu menegur kesilapan sahabat yang lain. Akmal dan Alin memang menuduh dia cemburu seperti yang disangkakannya. Biarkan. Tidak ada apa yang nak aku cemburukan..kata hati Janah.
Namun Alin terus juga menyindir-nyindir tajam Janah di kedai kopi siber itu. Hati Janah begitu terguris dengan sikap Alin. Namun nasihat dari kawan kawan diturutinya. Ddan dia sendiri sedar bahawa orang yang sedemikian tidak ada guna di layan. Janah berazam untuk tidak akan melayan segala kata2 bissa Alin itu.
Wati dan Yana cuba juga memujuk Alin agar berbaik semula dengan Janah. Mereka cuba berlembut dengan Alin agar kata2 mereka dapat diterima. Alin akhir nya memberitahu wati yang dia akan menalipon Janah untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya.
Malangnya, di saat Alin telah mula sejuk, lini , seorang lagi rakan cyber dari Serawak pula memanaskan semula keadaan.
Lini menghubungi Janah dan mengatakan bahawa dia mahu membalas dendam untuk Janah kepada Alin. Sebenarnya Lini pernah disakitkan hati nya oleh Alin. Sejak dari itu, Lini tidak pernah mahu menyukai Alin.
Lini memberitahu Janah bahawa ada seseorang yang berpengaruh akan mengambil tindakan hingga boleh menyebabkan Alin dibuang kerja kerana kelancangan mulutnya ketika mengkritik pemerintah negara. Lini bertanyakan pendapat Janah, adakah patut dia memberitahu dan mengingatkan Alin perkara itu. Bagi Janah, itu semua hanya akan sesia, ibarat menyiram air ke daun keladi.

Namun Lini tetap mahu mencuba. Di hantarkannya pos yang berupa seperti peringatan buat mereka yang terlibat, khusus buat Alin, walaupun sengaja tidak diseebut. Ternyata benar seperti yang Janah katakan. Lini pula yang dimaki hamun. Alin dan Akmal mengutuk kembali Lini dan menyuruh Lini menjaga keharmonian negaranya sendiri.
Menambahkan lagi keruh suasana, Lini menyebut pula nama Janah di dalam posnya, yang menyebabkan Alin dan Akmal menyangka Lini dan Janah berpakat bersama. Padahal Janah tidak lagi mahu masuk campur hal mereka.  Lebih teruk lagi, Alin membuka sendiri pekung di dadanya dengan menceritakan perhubungannya dengan Akmal kepada Asri yang langsung tidak tahu pun kisah itu. Alin menyangkakan tentu Janah telah menceritakan kisahnya kepada semua orang.  Dia sangka Janah tentu tidak habis-habis mengutuknya dan menceritakan kisahnya kepada semua orang yg dikenalinya.  Alin betul-betul sakit hati dengan Janah.  Tidak cukup dengan dia sendiri menyindir tajam Janah di kk, dia juga menghubungi seorang pengunjung ruangan siber itu yang terkenal dengan pos-pos yang kurang ajar, untuk mengutuk dan memalukan Janah di kk. Alin ceritakan sendiri kisah nya dan kisah Janah yang dikatakannya mencemburui perhubungan nya dengan Akmal. Di suruhnya si Kapak itu menghantar pos yang boleh memalukan Janah. Kapak hantar pos seperti yang di suruh oleh Alin. Bahasanya memang sungguh menyakitkan hati sesiapa yang membacanya, terutama Janah.
Alin menyangka tentu Janah akan menjawab pos itu. Tetapi tidak. Kawan-kawan Janah menasihatkannya agar bersabar, dan jangan bertindak bodoh. Benda-benda seperti ini elok jangan dilayan. Tidak mendatangkan faedah langsung.  Janah akur dengan mereka . Dia cuba mengawal diri dan hatinya agar tidak terlalu mengikut perasaan.  Perkara itu berlalu begitu sahaja. Alin dan Akmal tidak dapat mempengaruhi sikap Janah agar terus bertelagah dengan mereka. Janah cuba bersabar sedaya upaya.
Hari demi hari dilaluinya tanpa sedikit merasa terganggu dengan masalah yang semakin dilupakannya.  Namun sekali sekala dia terkenangkan kembali persahabatannya dengan Alin dan merasa kecewa kerana ianya telah berakhir hanya disebabkan seorang lelaki.  Alin tetap menyimpan dendam pada Janah. Tapi ia juga cuba untuk melupakan keujudan Janah.  Hidupnya kini terasa bahagia pada lahirnya. Kerana dapat memonopoli kasih sayang dari Akmal.  Dia semakin kerap bertemu dengan Akmal.  Selalu Akmal membawanya keluar makan dan juga pergi ke pejabatnya .
Akmal juga memberi galakan kepadanya agar pergi belajar memandu agar mudah kelak dia keluar ke mana-mana sekiranya suami tiada di rumah. Yang pentingnya, mereka lebih mudah dapat bertemu. Mereka terasa amat bahagia dapat bebas bertemu selalu begitu. Tapi Akmal memang masih menaruh kebimbangan terhadap Janah. Dia takut Janah akan merosakkan kebahagian yang dimilikinya kini. Sentiasa dia menghasut Alin agar berhati-hati dengan Janah.
Di kk. Alin memang bermulut celupar terutama dalam memberi komen tentang kelemahan pemimpin negara.  Pernah ia ditegur lini agar berhati-hati, tapi dia tidak peduli. Bahkan membuat Lini terasa hati padanya. Lini merasa sakit hati dengan Alin. Lini juga tahu kisah yang terjadi antara Alin dan Janah. Lini berkawan baik juga dengan Janah. Dan Alin tahu ini. Bila terjadi Alin di beri amaran tentang kelancangan mulutnya, dia menuduh Lini dan Janah sengaja berpakat mahu mengutuknya.  Dia tidak tahu yang Janah tidak langsung terlibat dalam hal itu. ALin telah pernah dipanggil oleh ketua Jabatannya dalam hal itu. Tambah sakit lagi hatinya. Dia yakin, memang ini kerja Janah dan Lini. Kini dia di kk , sering menggunakan nama samaran lain atau pun pos mesej dengan menggunakan talian Akmal. Kadang-kadang dia menggunakan komputer peribadi Akmal untk menghantar mesej. Semuanya bermula ketika dia berbaik dengan seorang yang juga terkenal rajin menyakitkan hati orang lain di kk itu. Dato' memang bersikap ganjil. Sengaja berbahasa kesat dalam mesej-mesej yang dihantarnya. Pernah Alin bergaduh dengan dato' ini di kk. Tapi selepas dato' itu menaliponnya, mereka berbaik dan saling berbual di icq juga. Alin mengambil peluang itu untuk menyuruh dato' menghantar pos  mengutuk Lini yang bukan warganegara malaysia ini. Demi kerana sahabat. dato' itu telah menghantar pos-pos yang memang menghina Lini dan negaranya.
Lini pula bukanlah janis yang mudah melenting. Dia diam sahaja tanpa membalas. Alin puas hati. "Padan dengan mukanya". Tapi Alin lupa untuk berhati-hati.
Suatu ketika, di waktu masing-masing bersemangat memberi komen tentang kerajaan Malaysia, Alin telah membangkang pos-pos yang dihantar oleh dato'. Bukan itu sahaja, dato' telah dimalukan di kalangan yang lain. Dato' merasa cukup sakit hati pada Alin."Cisss, ini kah balasannya pada aku. Jaga kau Alin!!" getus hati dato' yang panas baran itu.
Dato' memang seorang yang menjaga sahabat, kalau sahabat menjaga hatinya. Tapi kalau sahabat seperti Alin, dia tidak ragu-ragu untuk membalas dendam. Dato'menghantar pos di kk, menghebahkan rancangan Alin menyuruhnya mengutuk Lini. Segala perbualan mereka di icq ada didalam simpanan dato' sebagai bukti. Alin merasa terhimpit kini. Rahsianya telah pecah. Akmal menyuruh Alin berehat dulu dari aktif di kk. Tapi Alin tidak peduli. Cuma dia tidak lagi berani menunjuk belangnya dan dia menggunakan nama samaran lain. Dia fikir tentu orang tidak akan perasan yang dia masih di kk itu. Entah kenapa, memang mereka seolah-olah terikat dengan ruangam cyber kegemaran ramai itu. Sukar bagi sesiapa yang telah mula bergelanggang di situ untuk meninggalkannya.
Janah dan Alin memang sama keras hati. Masing-masing berpesan pada kawan-kawan, kalau mereka membuat apa-apa program pertemuan, andai salah sorang mereka ada sama, yang seorang lagi tidak akan pergi.  Janah sudah bosan memikirkan Alin. Pada dia, tanggungjawabnya sebagai sahabat sudah dijalankannya. Teguran sudah diberi. Terserah pada Alin untuk fikir sendiri. Alin sudah matang sepatutnya dalam membuat keputusan.