Make your own free website on Tripod.com
 
 
SALAM SEJAHTERA KE ATAS SEMUA

CIKGU ROS, GURU SEPANJANG ZAMAN


Ini guru kami, Cikgu Ros.  Dulu ia mengajar Ummi kami.  Ketika itu, tahun 1975-1976.  Ummi kata, cikgu ini garang, suka mendenda murid.  Tapi hati dia baik.  Janji, kita mahu belajar sungguh-sungguh dan tidak ambil hati atas kata-katanya yang kadang-kadang tidak bertapis.

    Ha....inilah dia, waktu mengajar Ummi kami dulu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Linggi. Cikgu Ros yang rambut ikat tanjul ke belakang tu. Masa itu, kalau tak silap, Cikgu Ros baru lepas bersalin anak kedua kot...Yang di belakang itu, Ummi kami masa dia berumur 12 tahun.  Antara yang paling ketot dalam kelas itu.  Kawan-kawan lain dalam kelas ini ada yang jadi guru, doktor dan jawatan-jawatan tinggi yang lain. Yang pasti, di kalangan mereka ada yang berjaya dalam hidup mereka, ada yang hidup sederhana.  Namun, ada juga yang hidup menderita kerana tersilap langkah dalam mengharungi penghidupan mereka...akhirnya terpaksa menjadi penghuni tetap pusat pemulihan.  Sebab itu, dalam hidup ini, kata Ummi, kalau nak buat apa pun, buatlah perkara yang mendatangkan kebaikan, di dunia lebih-lebih lagi di akherat.  Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. 

Setelah sekian lama, akhirnya cikgu Ros kembali mengajar di Sekolah Linggi.  Dan mengajar pula kami, anak-anak kepada muridnya yang dahulu!!!.  Ketiga-tiga kami, mendapat sentuhan pengajaran guru yang telah lama berkhidmat ini.  Termasuk sentuhan rotan dan cubitan Cikgu Ros.  Macam Ummi kami juga dahulu.  Apa yang pasti, Cikgu Ros sentiasa mahu mereka yang menjadi muridnya berjaya dalam pelajaran.  Sesungguhnya, Cikgu Ros menaruh harapan tinggi pada kami bertiga untuk berjaya dan kami akan cuba membuktikannya.  Bukan kami sahaja, bahkan ke semua mereka yang pernah menjadi muridnya.
Semoga Tuhan merahmati kehidupan Cikgu Ros sekeluarga di dunia dan di Akherat.  Tuhan telah memanjangkan usianya untuk mendidik 2 jenerasi ini dan moga ia akan terus berjasa mendidik anak bangsa sehingga ke akhir hayat.
 
 


 
 
NUR ZAYANI BT RAMLI
MOHD ABU SHAHMAH RAMLI
HAZIRAH BT RAMLI

 

UMMI KITORANG