Make your own free website on Tripod.com

THIS ISASHMIL PAGEPAGE

 
 

HUBUNGAN DENGAN TUNANG

Perhubungan dengan tunang tidaklah sebebas suami isteri. Islam membataskan hubungan mereka dengan batas yang tertentu.  Ertinya jika berlaku dalam lingkungan batas itu maka diharuskan dan sebaliknya jika berlaku di luar batas itu maka haramlah perhubungan itu.

Batas yang dibenarkan ialah :

1. Batas melihat :  Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua tangan (pergelangan tangan).  Ertinya perempuan mesti menutup aurat walaupun dengan tunangnya.

2. Batas perbualan :  Perbualan hanyalah sekadar menanya khabar, memberi maklumat dan memberi nasihat.

3. Batas pergaulan :  Pergaulan yang melibatkan samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhram yang lain dari pihak perempuan.

Keizinan ini diberikan untuk membolehkan mereka menilai semula hubungan mereka.  Mereka ada hak untuk bertindak memutuskan pertunangan itu jika perlu.  Sebab itulah waktu bertunang elok dipendekkan supaya tidak timbul rasa jemu dan sebagainya.

Batas yang Tidak dibenarkan (Haram) :

1.  Melihat bahagian aurat tunang selain dari muka dan tangan.
2.  Perbualan yang tidak berfaedah; memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya.
3.  Pergaulan bebas tanpa dikawal oleh muhram.
4.  Berjalan berdua-duaan dengan berganding tangan malah berpelukan.
5.  Tidur sebilik walaupun tidak melakukan zina.

Apa yang diharamkan hendaklah dipatuhi oleh mereka yang terlibat .  Sebenarnya pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti.  Tabiat atau perbuatan buruk yang kita lakukan semasa bertunang akan diwarisi oleh zuriat kita nanti.


 
 
 

THANKS TO MR AHMED AL TAHAN (EGYPT) FOR THE KHAT.