« October 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
ASSIGMNT
itulah...
JUMPA KAWAN LAMA
Pentas Hidup
SALAM PERKENALAN
Semua orang tahu
smalam tk sama cam arini
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
cen blog
Friday, 6 October 2006
KAWAN LAMA
Mood:  hug me
Now Playing: CERITALAH NI..
Topic: JUMPA KAWAN LAMA

4/10/2006
Tragedi Oktober... hehhe...bukanlah..sebenarnya lebih tepat dikatakan Peristiwa Oktober..
Setelah Hampir 26 tahun terpisah..akhirnya aku dapat jumpa seorang rakan sekolah yang selama ini aku teringin sangat nak jumpa.  Kalau ikutkan, semua rakan sekolah tak kiralah sekolah rendah atau menengah atau sekolah selepas itu, semua aku teringin nak jumpa. Alkisah kawan yang seorang ni dapat ku kesan 4 tahun lepas.  Lokasi antara kami tak jauh masa tu. Dekat tapi jauh kerana masing-masing sibuk dan kalu terselisih terlanggar bahu, mungkin kami tak perasan. Maklumlah, fizikal kami telah dimamah usia. Dah agak berbeza dari dulu.  Kalu dulu aku nih cam tomboy, kurus keding, kecil dan comel dan comot...sekarang dah lain skitla..dah bekedut, dah berisi, dan dah pakai tudung. 
Alkisah kawan ni, Fazni , seems tak jauh berbeza. Cuma dia pun dah pakai tudung, badan gitu gak nampaknya...dah pakai cermin mata dan satu perubahan yang amat ketara, huwaaaaaaaaaaa...giler-giler bebbbb... Kalu dulu dia agak pendiam dalam kelas.  Tapi katanya, sejak jadi guru, dia dah jadik camtu. Mungkin sebab kesan dikelilingi bebudak sekolah yang pelbagai ragam.  DIa di kenali sebagai guru cemerlang walau kat mana dia berkhidmat. Aku bangga.. sebagai bekas rakan sekelas dari seklah rendah hingga ke tingkatan 3 di sekolah menengah, aku amat berbangga punya kawan yang sentiasa dipuji oleh teman-teman mahupun rakan sejawat dan murid-muridnya. Tentunya ibu bapa anak-anak yang dididiknya juga menyanjung tinggi keterampilan rakanku ini.
Aku sebenarnya mengikut Guru Besar ke SK Rahang di mana dia berkhidmat. Kebetulan pulak, GB tu kenal baik gak dengan dia sebab dia berkahwin dengan arg kampung GB gk.  Kami ke sekolahnya kerana urusan sekolah.  Jadi pertemuan ini aku rasakan agak tidak sempurna.  Sibuk je..belum dapat bersembang.  Tak apalah. Penantian aku selama 4 tahun akhirnya kesampaian.  Kalu aku matipun, aku puas hati dah dapat jumpa dia. Aku gembira lihat dia begitu ceria.
Selain dia, rakan seorang lagi juga seorang guru, Ita di SDAR. Dah banyak kali aku 'terjumpa' dia.  Namun Ita yang dulu pendiam, tetap pendiam. Aku tak nampak ujudnya kemesraan dalam hubungan antara kami lagi seperti dulu.  Aku kenkadang rasa mungkin sebab aku ni hanya seorang Pembantu Tadbir Gred N17, dan bukan guru siswazah seperti dia.  Mungkin aku tidak membaca hati kecilnya.  Aku tak mahu buat andaian kenapa dia bersikap begitu. Aku cuma rasa dia ada sebabnya sendiri.  Aku kalu boleh ndak, kawan lama yang tak berjumpa, bila jumpa, tunjukkan kegembiraan dan kerinduan...bersembang, bertanya cerita2 selama tidak berjumpa. Anyway, tk semua dpt begitu.  Perjumpaan selalu dalam keadaan yang  tidak sesuai. Mungkin kami kener buat satu perjumpaan Bekas-bekas pelajar SML bebiler...
Masa tu aku blh hubungi rakan-rakan yang masih berhubung dengan aku seperti Norliza Rauf, Noraini Hussin,Halimah Mokhtar, Rohaya Malek, Siti Mariam Taib, Noraini Yusoh...saper lagi...aku tk ingat dah..kalu yang pepandai cam Ami(Salmi Abu Bakar), Rafidah Md Atas, Dr. Zaharimah aku segan sikit.  Mereka ni batch 71-76 kat SRJK(I)Linggi dulu. Ami, cikgu kat SMK Senawang, Zaharimah, doktor kat Seremban, Fidah, dulunya pensyarah kini dah full timer join suami dia dalam politik...kira diorg ni elite sikitla...aku malu nak giler2 ngan diorg.
Noraini Hussin 4 tahun sekali aku tipon dia...hahaha... dia tak kisah. Dia cikgu jugak kat SK St Paul Seremban. Aku pernah la gi Raya kat rumah dia. 
Camanapun, aku sentiasa sedar diri.  Aku idakler suka nak melangut kat rumah diorg sebab diorg ada kuarga memasing.  Tak macam aku ni...single 4ever.  Anak-anak dah bebesar. Suami dah tak ada. So, mereka memang sepatutnya cemburu kat aku yang bebas ke sana sini dan ada masa untuk mengenang kenkawan...hehehe...tentunya mereka takut nak ajak aku gi umah diorg sbb takut gak aku tackle somi diorg....hehhehe...don wori my fren...aku happy dgn kehidupan aku. 
Aku bebas dan senang ngan hidup aku sekarang walau pun tak semewah kalian.  Cukup seandainya aku dapat bertemu ngkorang, dan tahu khabar dan di mana ngkorang brada. Memang untuk mendapatkan kembali situasa silam, satu yang tidak mungkin.  Masa ternyata merubah segala.  Aku berubah, dah kalian juga berhak berubah.  Usia kita bukan muda lagi. Telah pelbagai rintangan penghidupan yang kita memasing telah, sedang dan akan lalui.  Aku mengharapkan semua kalian bahagia. Bahagia di dunia, bahagia di akherat. Ok lah..aku nak gi keje dah ni.  Nanti Makcik Kiah kat pejabat tu marah pulak.. lenkali kita cerita lagi. Kalu ada berita kenkawan lain, habaq mai lah yek....daaaaaaa..

 

 


Posted by ashmil at 6:22 AM
Updated: Thursday, 4 October 2007 11:20 AM
Saturday, 23 September 2006
TEKANAN
Mood:  irritated
Now Playing: Setiap orang perlu ditekan...
Topic: ASSIGMNT

Bebaru ni aku dpt boss baru.... memula aku rasa seronok gak.  Boss baru aku dah kenal lama.  Sesekali, elok gak tuka ketua baru.  Tengok cam ner lak taste dia. Pastu aku mula rasa risau.  Tah-tah aku tak mampu nak ikut rentak boss baru ni. Dia pun tentu tak sama ngan boss lama yg sempoi.

Entahla.... kita ni manusia, saluu telupa yg kita tak perfect.  Telupa yang kita ada kelebihan dan ada gak kelemahan.

ada yang kita mampu buat, tapi org lain tak..

ada yang org mampu, kita pulak tak..

Kita asik nak org lakukan perfect seperti yang kita ndakkan.  Kita nak orang paham kita, sedang kita tak nak paham orang.  cam tu gak sebaliknya.  Kita tak nak paham orang cam kita nak orang paham kita.  ENgkorang paham tak apa yang aku katakan ni.... aku tak kisah...paham ke tak paham...aku sendiri tak paham.....

Aku terbaca dalam satu buku motivasi tulisan Tuah Iskandar.  DIa kata, manusia perlukan tekanan untuk improve diri sendiri.  Untuk lebey bejaya.  Aku amat setuju dengan pandangan tu.  Kita tak akan meningkat kalu semua org dah puas hati dengan keje kita. Kita akan statik tak begerak kalu kita tak ditekan....tak dikritik. Kita tak akan pegi memana, kecuali kita yang nak pegi memana.

Tentu ngkorang / korunk penin baca tulisan aku nih... tapi tu lah realitinya.  Setuju atau tak setuju, itulah realitinya.   Aku sonok duk sini , selesa, aman, damai, rumah besar, kenkawan ramai...barangpun murah...

Akhirnya aku pikir aku perlu keluar, tengok dunia lain.. Aku dah mula nak merancang utk ke tempat lain.  Aku belajar utk yakin yang ujud tempat lain utk aku hidup dan mencari rezeki.  Cuma aku tak tahu samada tempat tu akan lebih baik atau lebih teruk .  Ia mengajar aku erti berani.  Aku perlu berani. Dua tiga hari lepas aku dengar dari beberapa orang yang dah bertukar tempat kerja.... mereka semua dapat bahagia. Amat bahagia, kata sorang tu....Bahagia sangat, kata bekas boss aku yang berpindah tu.  Maknanya diorg langkah kanan dan keputusan yang mereka lakukan, tidak silap.  Tapi...mana tau, kalu masa aku yang pindah, tempat baru aku lebey teruk?????? Boss aku pesan, semayang istikharahlah..ok boss.

Semalam aku gi baca yasin kat sekolah SDAR.  anak aku dah dekat nak pekse nih...malam yang sama, jemputan baca yasin anak bungsu aku kat MRSM Pontian, tak dapek la aku nak gi....baik aku baca kat Sini jer....SOk dah pose......Ramai gak yang dtg memeriahkan majlis tu. 


Posted by ashmil at 2:40 PM
Updated: Thursday, 4 October 2007 11:27 AM
Wednesday, 23 August 2006
PERKAHWINAN SITI NURHALIZA
Mood:  not sure
Now Playing: apa yang aku fikir jer
Topic: Semua orang tahu

21 Ogos, selamat dah Siti  selebriti kawin ngan Datuk K... Memula tu aku malas nak ambil peduli. Biaq pi dia la... Itu kisah hidup dia yang baru bermula sebnarnya.  Aku ada kisah hidup aku sendiri yang seolah-olahnya tiada berkesudahan.  Namun setelah email demi email tentang criter mereka tu, setelah aku sendiri masuk ke website2 yang memperkatakan kisah siti ni... aku rasa nak tulis samting.  Kalau blh, aku nak Siti baca tulisan aku ni dan fikirkan. Tapi tak per lah siti.  Aku tak promot blog aku ni kat sesaper. Aku jer baca sensorang....

Dah terlalu banyak kali selebriti yang kawin secara 'Grand'...dan lepas tu bercerai pun cara Grand jugak.  Aku harap, siti tak ler alami nasib yang camtu. Aku habis tak setuju bila perkahwinan siti di gembar gemburkan di segala macam media. Kisah percintaan, kisah persediaan, kisah subur tak suburnya pasangan tu..semua nak biar media cerita. Jgn kisah dlm bilik bilik pun nak cerita pulak nanti.  Siti ngan DK tu tak pernah ke fikir pasal pasaan keluarga yang ditinggalkan tu? Apa ingat Tengku Zaweyah terlalu tabah utk ketepikan perasaan seorang wanita yang pernah hidup selama 20 tahun dengan lelaki yang diheboh2kan tu? Apa ingat dengan harta berjuta yang ditransferkan ke TZ tu cukup utk mengkaver hati yang terluka? Tgn menerima, mulut menafikan, tapi kat hati..Tuhan jer tau... Siti tak reti ke nak menghayati perasaan kaum sejenisnya atau nak tunggu sendiri rasa nanti? Ini ke manusia yang bertanggungjawab pada anak2 hingga tak langsung mementingkan jaga hati anak2, hanya mementingkan kebahagiaan sendiri sahaja.??? Sebab apa? Nak ikut cakap stesen2 TV yang mementingkan rating penonton mereka, utk apa??? Takut populariti sebagai penyanyi akan jatuh, semata2 sebab menolak tawaran setesen tv tuk mengeksklusifkan perkahwinan siti tuh? Atau sayang nak lepas peluang dpt duit berjuta utk memaparkan kisah perkahwinan siti tu kat media? CUma mereka yang pernah merampas dan pernah merasa dirampas yang akan tahu perasaan apa yang sepatutnya dirasa olh individu terlibat.

Ingat la siti, kebahagiaan yang mcm ni hanya akan datang seketika.  Tak percaya, wait and see lah.  Org lelaki ni kalu blm dapat, kan main lagi puji nya...belaiannya. Kentutpun depa kata wangi. Tapi bila dah dapat, depa akan jemu, dan mula lah, segala apa yang kita buat, akan jadik tak betul.  Masa tu kita mula lah rasa kita tak sehaluan.  Memasing akan carik jalan penyelesaian sendiri.  Menyesal pun dah tak guna. 

Well, Siti, mcmanapun, moga siti tk akan alami nasib camtu. Kita manusia salu buat kesilapan dalam membuat keputusan. Keputusan kita salu dipengaruhi nafsu.  Keputusan yang gopoh dan tak akan ambil peduli nasihat orang lain.  Memang kalu dah dilamun cinta, kita akan rasa dunia ana yang punya.

Memangla, kawin ngan org bujangpun ada yang bercerai berai. Yang kawin dengan orang muda  pun bercerai berai gak. Yang kawin ngan org semekin pung becerai berai, kawin  ngan org kaya pun becerai berai. Yah..kawin ngan org semekin, sbb dia salu tak der duit.  Mungkin banyak utang.  Kawin dgn org kaya pulak, mungkin terlalu banyak pompuan pulak keliling dia. Atau dia akan terlalu banyak kerja hingga tak ada masa dgn kuarger... Bia ler dpt org yang bersyukur. Itu yang kita semua patut harapkan dari pasangan memasing.


Posted by ashmil at 9:39 PM
Thursday, 10 August 2006
sedar tak?
Mood:  don't ask
Now Playing: apa2 je..
Topic: itulah...


Siapa yang tidak suka dipuji? Semua orang suka dipuji dan suka disanjung.  Semua orang tidak suka dikeji.  Tidak suka dibenci.  Tidak suka dikutuk dan direndah-rendahkan.  Tidak suka diperkecilkan.  Cuma kalu ada pun mungkin mereka yang mengaku tidak sempurna. Mereka yang hanya mampu mengucapkan 'I'm not perfect'  Namun mereka ini tetap tidak suka dimalukan.  Tidak suka diperlekehkan.
Jadilah mereka yang benci pada pujian, dan suka pada kutukan.  Kenapa pula?  Apabila orang mengutuk kita, sepatutnya, kita akan menerimanya dan berusaha untuk membaiki ketahap yang lebih baik.
Kenapa perlu kita membenci orang yang memuji kita? Kerana mereka ini tidak mahu kita menjadi lebih baik. Apabila dipuji, kita rasa terawang-awangan. Kita tidak rasa kita di bawah.  Kita rasa kitalah sebaik manusia.  Kita akan berpuas hati dengan diri kita kerana kita rasa kita telah cukup baik.  Lantas kita tidak akan berusaha membaiki diri.  Bahkan kita mahu dengar lebih lagi pujian dari orang lain.
Jadi, bukankah cukup 'tough' kalau ada orang yang suka dikutuk? errr....salah ke?? Pernah dengar satu hadis atau kata ulama' yang aku pun tak pasti..yang mana maksudnya lebih kurang... kalau ada orang yang memuji kamu, lontarkan padanya pasir...kerana sesungguhnya orang itu suka kamu terjun ke neraka, dek kerana riak, ujub dan bangga dengan diri sendiri. 

Bila orang puji kata kita ni baik,  sabar, brani, pandai..kita suka. Bila orang kata kita ni busuk ati, tamak, dengki, pemarah, belagak, suka mengadu, kita marah dan tak mau ngaku walaupun itulah sebenarnya. Entahler... 


Posted by ashmil at 11:35 PM
Monday, 7 August 2006
never ending story
Mood:  lazy
Now Playing: Pentas hidup
Topic: Pentas Hidup

Semalam terdengar kisah, seorang sahabat yang hancur rumahtangganya.

Hari ini pula terdengar kisah seorang ibu yang ditolak ke sana sini oleh anak-anaknya yang tidak sanggup menjaga ibu tua itu dengan pelbagai alasan sendiri.

Esok mungkin kita akan dengar gunung berapi yang menakutkan penduduk di persekitarannya meletup.

Atau mungkin kisah seorang yang terkenal mati tiba-tiba seperti yang berlaku pada Allahyarham Hani Mohsin yang hensem tu.

Dalam pelbagai peristiwa yang berlaku saban hari itu, pernahkah kita terfikir bahawa semuanya adalah pentas hidup yang maha hebat.  Teater penghidupan yang spontan, tak memerlukan penulis skrip, tak perlu pengarah, tak perlu pelakon yang berbayar.

Segalanya malah telah tercatit di Louh Mahfouz sejak azali.  Cuma manusia masih boleh mengaturnya mengikut Takwa dan Keimanan yang mereka  miliki.


Posted by ashmil at 9:41 PM
Saturday, 5 August 2006
WELCOME NOTES
Mood:  happy
Now Playing: Hidup yang mencabar
Topic: SALAM PERKENALAN

I was new here. Although my website here, with tripod was started on the year of 1997 I guess, I never realise the existing of the blog faci.

OK.  I will start with my first topic, about life, to share with whoever..

Hidup yang mencabar.

Hari demi hari, memacam cerita yang kita dengar tentang penghidupan ini.  Ada cerita bahagia, ada cerita derita, ada cerita sengsara. Ada cerita pelik dan aneh. Ada cerita tentang tamaknya manusia. Ada cerita tentang bodohnya manusia. Ada cerita tentang kejamnya manusia.  Ada cerita tentang kebijaksanaan manusia. Ada gak cerita tentang binatang yang lebih baik dari manusia.

Ada satu kisah, manusia ditimpa bencana alam yang memusnah.  Kemudian di satu sudut dunia yang lain pula, kisah manusia yang asyik berperang.  Di sudut lain, kisah manusia yang lupa diri, lupa asal usul, melakukan jenayah kejam tak terperi dan tak berperi kemanusiaan.  Semua kisah-kisah itu adalah rencah kehidupan. Asam garam penghidupan.  Apa yang nak di hairankan?? Hari ini sipolan ditimpa malang.  Esok sipolan seorang lagi pula. Giliran kita akan datang juga.  Cuma, masa, tempat dan keadaan ujian itu sahaja yang mungkin akan berbeza.  Tak mustahil juga kita akan ditimpakan dengan musibah yang serupa dengan kawan kita.  Musibah yang sama dengan jiran kita, bencana yang sama dengan bos kita.  Dari itu, kita perlu sentiasa beringat dan merendah diri.  Jangan kita hanya melihat dan mengetawakan orang yang ditimpa kesusahan.  Atau jangan kita perkecilkan sesuatu musibah yang melanda seseorang yang kita ketahui. Begitu juga jangan sesekali kita rasa bahawa kesenangan yang kita miliki adalah milik kita buat selamanya.

Kita perlu sentiasa ingat ayat Al Quran yang bermaksud, ‘dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali’. Sesuatu yang kita perolehi datangnya dari Allah yang telah mengizinkan kita memilikinya.  Menikmatinya.  Namun, bila-bila masa ia akan hilang, akan habis, akan musnah, akan menjadi milik orang lain. Pendek kata akan diambil semula oleh Yang Maha Kuasa.Oleh sebab yang demikian, kita perlu bersyukur sewaktu kita menerima nikmatNya.  Di samping bersyukur kita perlu ingat bahawa ianya mungkin tidak akan menjadi milik kita selamanya.  Kita perlu bersedia untuk kehilangannya.   Sebelum itu, kita pergunakanlah nikmat yang dianugerahkan kepada kita sebaik mungkin.  Ke arah kebaikan.  Moga yang demikian itu, selama ianya menjadi milik kita, kita telah melakukan kebaikan dengannya.  Jadi, sekiranya berlaku kehilangan, kita tidak akan kesal sepanjang hayat. 

-Bonzerlazer


Posted by ashmil at 10:02 PM
Updated: Saturday, 5 August 2006 10:24 PM

Newer | Latest | Older