Mood: lazy
Now Playing: Pentas hidup
Topic: Pentas Hidup
Semalam terdengar kisah, seorang sahabat yang hancur rumahtangganya.
Hari ini pula terdengar kisah seorang ibu yang ditolak ke sana sini oleh anak-anaknya yang tidak sanggup menjaga ibu tua itu dengan pelbagai alasan sendiri.
Esok mungkin kita akan dengar gunung berapi yang menakutkan penduduk di persekitarannya meletup.
Atau mungkin kisah seorang yang terkenal mati tiba-tiba seperti yang berlaku pada Allahyarham Hani Mohsin yang hensem tu.
Dalam pelbagai peristiwa yang berlaku saban hari itu, pernahkah kita terfikir bahawa semuanya adalah pentas hidup yang maha hebat. Teater penghidupan yang spontan, tak memerlukan penulis skrip, tak perlu pengarah, tak perlu pelakon yang berbayar.
Segalanya malah telah tercatit di Louh Mahfouz sejak azali. Cuma manusia masih boleh mengaturnya mengikut Takwa dan Keimanan yang mereka miliki.