« August 2006 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
ASSIGMNT
itulah...
JUMPA KAWAN LAMA
Pentas Hidup
SALAM PERKENALAN
Semua orang tahu
smalam tk sama cam arini
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
cen blog
Wednesday, 23 August 2006
PERKAHWINAN SITI NURHALIZA
Mood:  not sure
Now Playing: apa yang aku fikir jer
Topic: Semua orang tahu

21 Ogos, selamat dah Siti  selebriti kawin ngan Datuk K... Memula tu aku malas nak ambil peduli. Biaq pi dia la... Itu kisah hidup dia yang baru bermula sebnarnya.  Aku ada kisah hidup aku sendiri yang seolah-olahnya tiada berkesudahan.  Namun setelah email demi email tentang criter mereka tu, setelah aku sendiri masuk ke website2 yang memperkatakan kisah siti ni... aku rasa nak tulis samting.  Kalau blh, aku nak Siti baca tulisan aku ni dan fikirkan. Tapi tak per lah siti.  Aku tak promot blog aku ni kat sesaper. Aku jer baca sensorang....

Dah terlalu banyak kali selebriti yang kawin secara 'Grand'...dan lepas tu bercerai pun cara Grand jugak.  Aku harap, siti tak ler alami nasib yang camtu. Aku habis tak setuju bila perkahwinan siti di gembar gemburkan di segala macam media. Kisah percintaan, kisah persediaan, kisah subur tak suburnya pasangan tu..semua nak biar media cerita. Jgn kisah dlm bilik bilik pun nak cerita pulak nanti.  Siti ngan DK tu tak pernah ke fikir pasal pasaan keluarga yang ditinggalkan tu? Apa ingat Tengku Zaweyah terlalu tabah utk ketepikan perasaan seorang wanita yang pernah hidup selama 20 tahun dengan lelaki yang diheboh2kan tu? Apa ingat dengan harta berjuta yang ditransferkan ke TZ tu cukup utk mengkaver hati yang terluka? Tgn menerima, mulut menafikan, tapi kat hati..Tuhan jer tau... Siti tak reti ke nak menghayati perasaan kaum sejenisnya atau nak tunggu sendiri rasa nanti? Ini ke manusia yang bertanggungjawab pada anak2 hingga tak langsung mementingkan jaga hati anak2, hanya mementingkan kebahagiaan sendiri sahaja.??? Sebab apa? Nak ikut cakap stesen2 TV yang mementingkan rating penonton mereka, utk apa??? Takut populariti sebagai penyanyi akan jatuh, semata2 sebab menolak tawaran setesen tv tuk mengeksklusifkan perkahwinan siti tuh? Atau sayang nak lepas peluang dpt duit berjuta utk memaparkan kisah perkahwinan siti tu kat media? CUma mereka yang pernah merampas dan pernah merasa dirampas yang akan tahu perasaan apa yang sepatutnya dirasa olh individu terlibat.

Ingat la siti, kebahagiaan yang mcm ni hanya akan datang seketika.  Tak percaya, wait and see lah.  Org lelaki ni kalu blm dapat, kan main lagi puji nya...belaiannya. Kentutpun depa kata wangi. Tapi bila dah dapat, depa akan jemu, dan mula lah, segala apa yang kita buat, akan jadik tak betul.  Masa tu kita mula lah rasa kita tak sehaluan.  Memasing akan carik jalan penyelesaian sendiri.  Menyesal pun dah tak guna. 

Well, Siti, mcmanapun, moga siti tk akan alami nasib camtu. Kita manusia salu buat kesilapan dalam membuat keputusan. Keputusan kita salu dipengaruhi nafsu.  Keputusan yang gopoh dan tak akan ambil peduli nasihat orang lain.  Memang kalu dah dilamun cinta, kita akan rasa dunia ana yang punya.

Memangla, kawin ngan org bujangpun ada yang bercerai berai. Yang kawin dengan orang muda  pun bercerai berai gak. Yang kawin ngan org semekin pung becerai berai, kawin  ngan org kaya pun becerai berai. Yah..kawin ngan org semekin, sbb dia salu tak der duit.  Mungkin banyak utang.  Kawin dgn org kaya pulak, mungkin terlalu banyak pompuan pulak keliling dia. Atau dia akan terlalu banyak kerja hingga tak ada masa dgn kuarger... Bia ler dpt org yang bersyukur. Itu yang kita semua patut harapkan dari pasangan memasing.


Posted by ashmil at 9:39 PM
Thursday, 10 August 2006
sedar tak?
Mood:  don't ask
Now Playing: apa2 je..
Topic: itulah...


Siapa yang tidak suka dipuji? Semua orang suka dipuji dan suka disanjung.  Semua orang tidak suka dikeji.  Tidak suka dibenci.  Tidak suka dikutuk dan direndah-rendahkan.  Tidak suka diperkecilkan.  Cuma kalu ada pun mungkin mereka yang mengaku tidak sempurna. Mereka yang hanya mampu mengucapkan 'I'm not perfect'  Namun mereka ini tetap tidak suka dimalukan.  Tidak suka diperlekehkan.
Jadilah mereka yang benci pada pujian, dan suka pada kutukan.  Kenapa pula?  Apabila orang mengutuk kita, sepatutnya, kita akan menerimanya dan berusaha untuk membaiki ketahap yang lebih baik.
Kenapa perlu kita membenci orang yang memuji kita? Kerana mereka ini tidak mahu kita menjadi lebih baik. Apabila dipuji, kita rasa terawang-awangan. Kita tidak rasa kita di bawah.  Kita rasa kitalah sebaik manusia.  Kita akan berpuas hati dengan diri kita kerana kita rasa kita telah cukup baik.  Lantas kita tidak akan berusaha membaiki diri.  Bahkan kita mahu dengar lebih lagi pujian dari orang lain.
Jadi, bukankah cukup 'tough' kalau ada orang yang suka dikutuk? errr....salah ke?? Pernah dengar satu hadis atau kata ulama' yang aku pun tak pasti..yang mana maksudnya lebih kurang... kalau ada orang yang memuji kamu, lontarkan padanya pasir...kerana sesungguhnya orang itu suka kamu terjun ke neraka, dek kerana riak, ujub dan bangga dengan diri sendiri. 

Bila orang puji kata kita ni baik,  sabar, brani, pandai..kita suka. Bila orang kata kita ni busuk ati, tamak, dengki, pemarah, belagak, suka mengadu, kita marah dan tak mau ngaku walaupun itulah sebenarnya. Entahler... 


Posted by ashmil at 11:35 PM
Monday, 7 August 2006
never ending story
Mood:  lazy
Now Playing: Pentas hidup
Topic: Pentas Hidup

Semalam terdengar kisah, seorang sahabat yang hancur rumahtangganya.

Hari ini pula terdengar kisah seorang ibu yang ditolak ke sana sini oleh anak-anaknya yang tidak sanggup menjaga ibu tua itu dengan pelbagai alasan sendiri.

Esok mungkin kita akan dengar gunung berapi yang menakutkan penduduk di persekitarannya meletup.

Atau mungkin kisah seorang yang terkenal mati tiba-tiba seperti yang berlaku pada Allahyarham Hani Mohsin yang hensem tu.

Dalam pelbagai peristiwa yang berlaku saban hari itu, pernahkah kita terfikir bahawa semuanya adalah pentas hidup yang maha hebat.  Teater penghidupan yang spontan, tak memerlukan penulis skrip, tak perlu pengarah, tak perlu pelakon yang berbayar.

Segalanya malah telah tercatit di Louh Mahfouz sejak azali.  Cuma manusia masih boleh mengaturnya mengikut Takwa dan Keimanan yang mereka  miliki.


Posted by ashmil at 9:41 PM
Saturday, 5 August 2006
WELCOME NOTES
Mood:  happy
Now Playing: Hidup yang mencabar
Topic: SALAM PERKENALAN

I was new here. Although my website here, with tripod was started on the year of 1997 I guess, I never realise the existing of the blog faci.

OK.  I will start with my first topic, about life, to share with whoever..

Hidup yang mencabar.

Hari demi hari, memacam cerita yang kita dengar tentang penghidupan ini.  Ada cerita bahagia, ada cerita derita, ada cerita sengsara. Ada cerita pelik dan aneh. Ada cerita tentang tamaknya manusia. Ada cerita tentang bodohnya manusia. Ada cerita tentang kejamnya manusia.  Ada cerita tentang kebijaksanaan manusia. Ada gak cerita tentang binatang yang lebih baik dari manusia.

Ada satu kisah, manusia ditimpa bencana alam yang memusnah.  Kemudian di satu sudut dunia yang lain pula, kisah manusia yang asyik berperang.  Di sudut lain, kisah manusia yang lupa diri, lupa asal usul, melakukan jenayah kejam tak terperi dan tak berperi kemanusiaan.  Semua kisah-kisah itu adalah rencah kehidupan. Asam garam penghidupan.  Apa yang nak di hairankan?? Hari ini sipolan ditimpa malang.  Esok sipolan seorang lagi pula. Giliran kita akan datang juga.  Cuma, masa, tempat dan keadaan ujian itu sahaja yang mungkin akan berbeza.  Tak mustahil juga kita akan ditimpakan dengan musibah yang serupa dengan kawan kita.  Musibah yang sama dengan jiran kita, bencana yang sama dengan bos kita.  Dari itu, kita perlu sentiasa beringat dan merendah diri.  Jangan kita hanya melihat dan mengetawakan orang yang ditimpa kesusahan.  Atau jangan kita perkecilkan sesuatu musibah yang melanda seseorang yang kita ketahui. Begitu juga jangan sesekali kita rasa bahawa kesenangan yang kita miliki adalah milik kita buat selamanya.

Kita perlu sentiasa ingat ayat Al Quran yang bermaksud, ‘dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali’. Sesuatu yang kita perolehi datangnya dari Allah yang telah mengizinkan kita memilikinya.  Menikmatinya.  Namun, bila-bila masa ia akan hilang, akan habis, akan musnah, akan menjadi milik orang lain. Pendek kata akan diambil semula oleh Yang Maha Kuasa.Oleh sebab yang demikian, kita perlu bersyukur sewaktu kita menerima nikmatNya.  Di samping bersyukur kita perlu ingat bahawa ianya mungkin tidak akan menjadi milik kita selamanya.  Kita perlu bersedia untuk kehilangannya.   Sebelum itu, kita pergunakanlah nikmat yang dianugerahkan kepada kita sebaik mungkin.  Ke arah kebaikan.  Moga yang demikian itu, selama ianya menjadi milik kita, kita telah melakukan kebaikan dengannya.  Jadi, sekiranya berlaku kehilangan, kita tidak akan kesal sepanjang hayat. 

-Bonzerlazer


Posted by ashmil at 10:02 PM
Updated: Saturday, 5 August 2006 10:24 PM

Newer | Latest | Older